CADANGAN PENUBUHAN
MADRASAH DARUL SA’ADAH
KAMPUNG
BELUKAR NETING, 16200 TUMPAT KELANTAN.
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد
لله الذي بعبده المختار من دعانا إليه بالإذن وقد نادانا لبيك يا من دلنا وحدانا. والصلاة والسلام على
سيدنا ومولانا محمد القائل : من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين.
1.
Pendahuluan
Sistem pendidikan sekolah pondok di
Malaysia merupakan satu sistem
pendidikan tradisional dalam sejarah perkembangan Islam. Institusi ini
wujud apabila adanya usaha- usaha para ulama terdahulu mengambil inisiatif
mengajar masyarakat Islam di kawasan setempat melalui kitab-kitab turath muktabar (Ahli
Sunnah Wal-Jamaah). Cadangan penubuhan pondok ini yang
membawa maksud mewujudkan warisan Islam adalah satu usaha murni bertujuan
menghidupkan ruang pendidikan agama kepada masyarakat secara lebih khusus.
Hasrat ini lebih terarah apabila di
kawasan ini, khasnya di Negeri Kelantan khususnya di daerah Tumpat dan
Pengkalan Kubur Sendiri adalah lubuk ilmuan Islam terbilang suatu ketika dulu,
antaranya, Al Marhum Tok Selehor, Tuan Guru Hj. Yusuff Pulau Ubi (Geting), Tuan
Guru Hj Yaakob (Berangan) Bapa kepada Menteri Besar Kelantan sekarang, Tuan
Guru Hj. Daud (Geting). Semoga usaha mereka diberkahi Allah. Penubuhan pondok ini pula kesinambungan usaha
dan perjuangan mereka demi untuk menyemarakkan lagi institusi pengajian pondok
yang sedia ada itu, moga niat yang suci murni ini mendapat limpah rahmat Allah
s.w.t hendaknya.
2. Latar Belakang Sistem
Sekolah Pondok.
Sistem pendidikan pondok dalam
dunia melayu bermula di Pattani dalam abad ke 16. Sistem ini berkembang di
Semenanjung Tanah Melayu pada awal abad ke l7. Ianya melibatkan beberapa negeri
seperti Kedah, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang. Sistem pendidikan pondok di
Indonesia pula bermula di Acheh yang terkenal dengan nama pasantren yang
bermaksud "perkampungan". Sistem ini hanya terdapat di Asia Tenggara
dan merupakan suatu yang unik dalam sejarah perkembangan ilmu Islam.
3. Pondok- Pondok di Malaysia
Antara sekolah pondok terkenal di
Malaysia:-
i. Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan.
ii. Pondok Banggul Berangan
(Lanai) Baling, Kedah.
iii. Pondok Kroh, Grik, Perak.
iv. Pondok Jorak, Muar, Johor.
v. Pondok Chenor, Temerloh,
Pahang.
vi. Pondok Labuhan Dagang,
Banting, Selangor.
vii. Pondok Sungai Bakap Pulau
Pinang.
viii. Pondok Sungai Udang, Melaka.
4. Sistem Pendidikan Pondok
Sistem pendidikan pondok merupakan
satu sistem yang mementingkan aspek penghayatan dan amalan dalam diri setiap
muslim. Perkataan 'fondok' (اﻟﻔﻨـــــﺪق) dari bahasa Arab bererti
'tempat penginapan'. Orang melayu lebih mudah menyebut 'pondok' hingga ke hari
ini. Komponen dalam sesuatu pendidikan pondok terdiri daripada pondok
penginapan, penempatan guru-guru, madrasah, musolla, wakaf- wakaf, ruang
riadah. Pondok pula terbahagi dua iaitu pondok dalam dan pondok luar. Pondok
dalam menempatkan mereka yang berkelamin dan pelajar perempuan (diasingkan). Pondok
luar pula menempatkan pelajar lelaki yang masih bujang.
5. Idea Untuk Menubuhkan
Madrasah Pengajian Pondok.
Idea untuk menubuhkan madrasah
pengajian pondok ini dicetuskan oleh Almarhum Baba Abdul Aziz bin Syafie
AlFathoni yang melihat kepada keperluan mewujudkan sebuah pusat tarbiah untuk
masyarakat setempat. Juga lahir dari pemerhatian kepada lepasan pelajar pondok
yang seakan ‘terputus’ aktiviti keilmuan kerana tiadanya tempat khusus untuk
golongan ini meneruskan kesinambungan ilmu, menyampaikan ilmu kepada masyarakat
setempat secara lebih mendalam.
Walaupun situasi zaman serba maju
dan canggih, ini memperlihatkan bahawa pendidikan cara ini agak ketinggalan
zaman, namun bagi kami ianya masih tetap relevan kerana melalui sistem
pendidikan begini dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada agama dari segi
aspek sistem silibus atau yang sinonim
dengan tuntutan agama, bermula dengan soal aqidah, hukum-hukum feqah hinggalah
kepada perkara-perkara melibatkan soal batiniah (Tasawwuf) yang sukar
dipelajari melalui sistem pendidikan yang ada sekarang.
Justeru, dengan sebab itu kami
terpanggil untuk menubuhkan madrasah pangajian Islam ini untuk meninggikan lagi
syiar Islam dan dapat mewujudkan perkampungan yang mengamalkan cara hidup
Islam. Dan tiada pengharapan kami selain kepada Allah, Dialah sebaik-baik
penolong.
6. Objektif
Cadangan penubuhan pondok ini
mempunyai objektif seperti berikut:-
i.
Menyediakan
pendidikan menurut Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
ii.
Menghidupkan
ilmu-ilmu turath Islam.
iii.
Pengambilan
ilmu yang dipelajari secara bersanad.
iv.
Memberi
peluang kepada lapisan masyarakat sama ada warga emas mahupun remaja menuntut
ilmu dan tarbiah.
v.
Menjadi
tempat tarbiyah.
vi.
Mencari
keredhaan Allah.
7. Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan yang akan
dilaksanakan dipondok ini dibahagikan kepada
dua bahagian:-
i. Nizami (sistem kelas menurut tahap
umur)
ii. Umumi (kelas umum)
Sistem Nizami adalah untuk pelajar
remaja dari umur 13 tahun dan ke atas. Sistem Umumi pula adalah untuk warga
emas berkelamin. Pada tahun pertama, pelajar-pelajar akan memulai pengajian
tulisan Jawi dan pengenalan Bahasa Arab (nahu, soraf, dan lain-lain). Juga
kitab-kitab Jawi dan Arab pertengahan. Pada tahun ke lima, keenam dan
seterusnya adalah pengajian kitab-kitab Arab yang lebih besar. Insya Allah.
8. Tenaga Pengajar
Buat masa ini madrasah sudah
mempunyai calon Mudir Madrasah yang kini sedang menuntut di bumi Makkah Al
Mukarramah, selain akan mendapatkan tenaga-tenaga pengajar berpengalaman yang
telah pun dikenalpasti untuk berkhidmat di Madrasah ini yang juga masih
mendalami ilmu pada peringkat yang lebih tinggi di pondok-pondok di sekitar
daerah ini.
9. Sumber Kewangan Pembinaan
Pondok
Jawatankuasa penaja penubuhan
pondok ini telah merancang di mana untuk mendirikan pondok ini memerlukan
peruntukan lebih kurang RM2 juta. Namun begitu pihak penaja telah bersetuju
untuk memulakan pembinaan sebanyak mana yang dapat dikumpulkan terlebih dahulu.
Projek pembinaan akan dilaksanakan setelah urusan pecah lot tanah dan Pelan
Bangunan diluluskan. Ianya dijangka bermula pada awal tahun 2015.
Sehubung dengan itu segala sumbangan daripada dermawan budiman amat
dialu-alukan ,dan kami ucapkan jaza khimullahu khairan kasira.
Sumbangan bolehlah di buat melalui
akaun seperti di:
Nama Bank : BANK ISLAM MALAYSIA
BERHAD
No. Akaun : 03-14801000125-9
Atas Nama : MADRASAH DARUL SA’ADAH
Atau boleh terus berhubung dengan
jawatankuasa pembinaan di no telefon berikut:
1. Pengerusi : Ayub bin Mat Ail : 016 8493262
2. Setiausaha : Azmi bin Daud : 018 9087339
3. Bendahari : Mohad Apandi bin
Daud : 019-96628453.
9. Yuran Pengajian
Penetapan Yuran adalah pada kadar
minima kerana penubuhan ini bukannya berasaskan perniagaan. Yuran pengajian
iaitu setiap pelajar katagori 1, dikenakan RM20 sebulan. Manakala katagori 2,
dikenakan RM40 untuk yang berkeluarga. Tujuan yuran ini dikenakan adalah
sebagai caj bekalan air dan bekalan elektrik serta kerja-kerja 'maintanance' di
pondok pengajian, seperti pembersihan kawasan, baik pulih bangunan serta
kerja-kerja pentadbiran. Sebahagian peruntukkan yang dikenakan kepada pelajar
akan digunakan sebagai saguhati tenaga pengajar.
10.1. Penasihat :Tuan Guru Baba Hj Muhamad Pondok Berangan
2. Pengerusi : En. Ayub bin Mat Ail
3. Bendahari : Mohd Apandi bin Daud
4. Setiausaha: Azmi bin Daud
5. AJK
1. Haris bin Abdullah
2. Zulkeeflee bin Yusuf
3. Nik Roslan bin Nik Mustafa
4. Mohammad Saad bin Abdullah
5. Ab. Fatah bin Hussin
6. Mohd Zulkifli bin Mat Nawi
7. Mohd Hanafi bin Shamsuddin
8. Hj. Omar bin Ismail
9. Mokhtar bin Yusoff
10. Ainun Jariah bt Ayub
11. Siti Asma bt Abdul Hamid
11. Pemegang Amanah Penaja Penubuhan Pondok Darul Sa’adah.
1. En. Ayub bin Mat Ail
2. Mohd Apandi bin Daud
3. Hj. Omar bin Ismail
12. Peraturan-peraturan Umum Madrasah.
I. Menerima sesiapa sahaja yang ingin
belajar samada ingin menetap atau tidak.
ii. Membenarkan pembinaan pondok selepas
dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.
iii. Mengutamakan mereka
yang tiada tempat tinggal untuk membina pondok bagi yang berkeluarga.
iv. Mengutamakan mereka
yang ada komitmen untuk menghidupkan madrasah.
Adalah menjadi harapan agar ahli
jawatankuasa yang dibentul sebagai tenaga penggerak kepada pembinaan dan
penyeliaan Madrasah Darul Sa’adah ini dapat berkerjasama semaksimum yang
mungkin demi merealisasikan hasrat yang murni ini berbekalkan pertolongan dari
Allah s.w.t Yang Maha Agung.
والله
المستعان..وإليه يرجع الأمر كله.
URUSETIA PENCARIAN DANA MADRASAH DARUL SA’ADAH
LOT
888 Kg. Belukar Neting 16200 Tumpat
Kelantan
1. Pendahuluan
Bagi merealisasikan hasrat murni
ini, terbinanya sebuah pusat pengajian ilmu turath yang sifatnya non-partisme
serta perkampungan yang didasarkan atas ikatan mahabbah dan taqwallah, maka
perlunya Jawatankuasa Pencarian Dana Madrasah ditubuhkan. Ianya bagi melicinkan
proses mendapatkan dan menguruskan dana dari sumbangan pelbagai pihak.
2. Misi Pembangunan Madrasah
Pihak kami telah meletakkan
matlamat penubuhan Madrasah Darussaadah ini adalah seperti berikut;
i. Proses Pecah lot tanah yang
telah diwakafkan oleh En. Ayub bin Mat Ail seluas 1.5 ekar yang akan dipecahkan
kepada 4 lot besar.
ii. Membina Pusat Pengajian
Islam (pondok) dilengkapi dengan Masjid, asrama dan Iain - Iain sebagaimana
dinyatakan dalam "sasaran projek".
iii. Memberi pendidikan kepada
para pelajarnya, membena hakikat insaniah sebagai individu Islam secara
PERCUMA.
Untuk realisasikan impian yang
murni ini, Seketeriat Pencarian Dana ditubuhkan, dengan tujuan untuk mencapai
sasaran dan wawasan projek yang akan di nyatakan di bawah.
3. Sasaran Projek :
i. Memecah
lot dan menukar syarat tanah.
ii. Proses
Tambun tanah dan membina sistem perparitan dan saliran.
iii.
Membina sebuah Masjid.
iii. Membina 3 unit rumah tenaga
pengajar.
iv. Membina 10 pondok Dewasa/Kelamin.
v.
Membina sebuah asrama pelajar
lelaki.
vii. Membina sebuah asrama muslimah.
viii. Membina
prasarana.
Fasa-Fasa Projek: (Jangka masa projek dalam masa 5 Tahun (2015-2020)
4.1 Fasa 1 : Membina
sebuah Masjid.
4.2
Fasa 2 : Membina 3 Unit Rumah Tenaga Pengajar
4.3
Fasa 3 : Membina Asrama dan Pondok Kelamin.
4.4
Fasa 4 : Membina prasarana tambahan & pagar.
4. . Anggaran Kasar Kos Pembinaan.
Anggaran kasar kos yang diperlukan
untuk tujuan tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM2,000,000.00 (2 juta)
Bil
|
Perkara
|
Kos RM
|
Catatan
|
1
|
Tambun Tanah
|
150,000.00
|
|
2
|
1 Buah Masjid
|
500,000.00
|
|
3
|
3 Unit Rumah Tenaga Pengajar
|
200,000.00
|
|
4
|
16 Unit Pondok Warga Emas
|
150,000.00
|
|
5
|
24 Unit Asrama Pelajar Lelaki
|
200,000.00
|
|
6
|
1 unit bangunan 2 tingkat
20X100kps untuk asrama perempuan
|
400,000.00
|
|
7
|
Utiliti & Insfrastruktur
(jalan, tangki dll)
|
180,000.00
|
|
8
|
Sistem Elektrik
|
60,000.00
|
|
9
|
Sistem Kumbahan
|
80,000.00
|
|
10
|
Pagar Keliling
|
50,000.00
|
|
11
|
Kawasan Riadhah
|
30,000.00
|
|
|
Jumlah Anggaran Keseluruhan:
|
RM2,000,000.00
|
|
5. Pengumpulan Dana
Setiap ahli di dalam kumpulan ini
adalah bertanggungjawab untuk bergerak bersama-sama bagi mendapatkan dana yang
secukupnya untuk mencapai matlamat dan impian yang dinyatakan. Berikut adalah
langkah-langkah yang dicadangkan dalam melaksanakan visi tersebut; Sumbangan
individu daripada ahli-ahli korporat muslim yang telah berjaya. Ikhlas
mengharapkan balasan Allah S.W.T. di akhirat kelak.
i. Daripada syarikat-syarikat
kecil dan besar yang beragama Islam atau bukan Islam dan dapat pelepasan cukai.
(Ini hanya boleh dilakukan sekiranya pihak Madrasah Syatariyyah ini telah
berjaya mendapat kelulusan pelepasan cukai dari pihak kerajaan)
ii. Apabila kutipan derma
dilakukan secara terbuka beberapa langkah persediaan perlu dilakukan, untuk
menghindari sebarang kemungkinan di luar jangkaan;
i. Anda perlu
bersedia untuk menjawab soalan-soalan daripada orang awam. Ada kemungkinan juga
daripada individu tertentu yang sengaja hendak menguji ketahanan mental anda.
ii. Sijil
kelulusan daripada pihak-pihak tertentu mestilah sentiasa dibawa bersama, untuk
menjawab sebarang kemungkinan dari pihak-pihak tertentu khususnya dari pihak
berkuasa.
iii.
Resit
rasmi atas nama Madrasah Darul Saadah ini perlu disediakan dan diberikan kepada
individu tertentu sekiranya mereka memerlukannya.
iv.
Buku
Rayuan Derma perlu disahkan oleh pihak Madrasah Darul Saadah dengan tertera cop
rasmi secara jelas.
v.
Ada
kemungkinan terdapat individu tertentu yang hendak menyumbang melalui akaun
bank. Oleh itu risalah-risalah kecil yang dilengkapi dengan no. Akaun Bank
Darul Sa’adah perlu disediakan.
vi.
Pihak
Madrasah juga menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk barangan atau bahan
binaan.
6.Harapan Urusetia
Adalah menjadi harapan agar niat
suci kami untuk mendirikan Madrasah Darul Saadah Kg. Belukar Neting Tumpat ini
mendapat sokongan dari semua pihak. Dengan adanya strategi, konsep dan
perancangan pembangunan pondok sepertimana yang telah dirangka maka kami amat
percaya permohonan kami untuk mendapatkan sumbangan dari semua pihak akan
mendapat perhatian yang sewajarnya.
Ketahuilah bahawa segalanya adalah
milik tuhan yang menciptakan alam semesta dengan kebenaranNya dan
kesempurnaanNya, semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini dapat memberi
manfaat dan kefahaman kepada pembaca, saya mengharapkan jika terdapat
kekurangan terhadap penyusunan kertas kerja ini, saya sebagai Setiausaha Pondok
Madrasah Darul Saadah ini memohon kemaafan.
Jika ada antara penderma-penderma
atau sesiapa sahaja pun yang ingin mendalami ilmu agama, amat kami alu-alukan
untuk menuntut ilmu di madrasah ini.Bukanlah wang ringgit menjadi sasaran kami
atau kemasyhuran yang di cari, tetapi yang diharapkan hanyalah keredhaanNya
semata-mata.
Kepada dermawan-dermawan yang
telah memberi sumbangan, kami mengucapkan berbanyak terima kasih mudah-mudahan
dikurniakan dengan rezeki yang berkat dan di kurniakan keredhaanNya di dunia
dan di akhirat.
Firman Allah:
“Perumpamaan orang-orang
yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seperti sebiji benih yang
menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkainya terbit 100 bijian, Allah
menggandakan lagi (ganjarannya) bagi siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha
Luas (anugerahnya) lagi Maha Mengetahui”
Akhir kata, jika ada
pendapat-pendapat , idea-idea yang ingin diutarakan sudi-sudilah hubungi pihak
urusetia kami hatta sebarang teguran sekalipun. Mudah-mudahan dapat kami
muhasabah dan memperbaiki mana yang kurang.
Sekian, terima kasih.
7. Penutup
Sebagai penutup kepada kertas kerja ini kami amat berharap kepada muslimin dan muslimat agar sudi menghulurkan sumbangan seikhlas hati agar usaha murni kami ini dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin. Dengan terbinanya madrasah ini akan dapat menegakkan syiar Islam yang semakin hari semakin kurang mendapat perhatian masyarakat.
“SYARIAT ALLAH DAN RASUL DIPATUHI, WARISAN
ILMUNYA DISANTUNI, PARA ALUL BAIT DITELADANI”