MDS

MDS

Sabtu, 15 November 2014

Niat Nawaitu menuntut Ilmu

سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه أجمعين
أما بعد

Membincangkan persoalan niat dalam menuntut ilmu, perlukan kepada perbahasan tentang kaitannya dengan wujudnya kita di alam ini. Ini kerana ilmu yang perlu dicari adalah ilmu yang bertepatan dengan tujuan kewujudan manusia itu sendiri. 

Tentang kewujudan kita di maya ini Allah S.W.T telah menjelaskan dalam firmannya dalam Surah Az Zariyat ayat 56 :

وما خلقت الجن والانس إلا ليعبدون

"Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu"

bersambung...

Ahad, 26 Oktober 2014

Madrasah Pondok Tahfiz yang memerlukan sumbangan dana infak sedekah segera..

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh..

Kepada Muslimin muslimat yang sedang mencari pihak2 yang memerlukan sumbangan, kami ingin berkongsi dengan para ikhwan sekalian...

Kami Jawatankuasa Pembangunan Madrasah Darul Sa'adah, Kg. Belukar Neting, 16200 Tumpat Kelantan, berbesar hati andainya para ikhwan yang berkelapangan untuk memberikan sumbangan untuk pembinaan madrasah.

Pandangan Tapak dari Surau Asal
Kerja-kerja asas
AJK bergambar bersama Habib Muhsin


Upacara perasmian tapak

Doa untuk keberkatan madrasah

Sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada pihak kami melalui akaun Bank Islam;

No akaun : 03148010001259

atas nama MADRASAH DARUL SA'ADAH

Semoga jasa baik para ikhwan semua akan mendapat ganjaran yang sewajarnya dan taka akan disia2kan oleh Allah s.w.t.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi :

016-8493262 En. Ayub bin Mat Ail
(Pengerusi)

018-9087339 Ustaz Azmi bin Daud
(Setiausaha)

Sekian terima kasih.

Plan Madrasah; Sila klik link di bawah.

http://madrasahdarulsaadah.blogspot.com/2014_09_01_archive.html

Selasa, 30 September 2014

Lakaran Plan Madrasah


Pandangan Hadapan

Pandangan Atas


Pandangan Hadapan


Pandangan Belakang (Arah Kiblat)

Pandangan Belakang (Kiblat) sisi kanan

Lakaran Pecah Lot Tanah

Ahad, 7 September 2014

Derma Sumbangan diperlukan untuk Pembangunan Madrasah Darul Sa'adah

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, dengan ketentuan Allah jua, majlis perasmian tapak Madrasah Darul Sa'adah telah selamat disempurnakan oleh Alhabib Hasan bin Muhsin, Ahli majlis Iftaa Tareem Hadramaut.




Maka bermulalah kerja-kerja untuk pembinaan dan pembangunan Madrasah yang telah dimasyhurkan oleh Habib sebagai Maahad Darul Sa'adah.

Justeru itu, kami AJK Penaja Madrasah membuka peluang untuk para ikhwan untuk turut sama2 menyumbang samada dalam bentuk kewangan atau barangan binaan.

Kepada para ikhawan yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi kami di Talian;

1. Pengerusi : En. Ayub bin Mat Ail  : 0168493262
2. Setiausaha : Ustaz Azmi bin Daud : 0189087339
3. Bendahari  : Mohd Apandi bin Daud : 0199662845

Akaun Bank Islam Madrasah:
No Akaun : 03148010001259
Atas nama MADRASAH DARUL SA'ADAH

Semoga segala sumbangan anda semua akan mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah demi meninggikan syiar agamaNya yang Maha Tinggi.

Sekian terimakasih.

Perasmian Tapak Masjid Darul Sa'adah 11 Zulkaedah 1435H/6.9.2014

Gambar-Gambar sekitar Majlis Perasmian Tapak Madrasah Darul Sa'adah Kg. Belukar Neting 16200 Tumpat, Kelantan.

Sejurus lepas Solat Hajat

Habib panjatkan doa untuk kebaikan dan keberkatan Madrasah

Pengerusi dan para jamaah

Habib diiring ke tapak /Tiang Seri Masjid

Bendahari (En. Mohd Apandi) memberikan bancuhan simen kpd Habib

Habib melakukan perasmian (mencurahkan simen)




Habib berdoa untuk Madrasah dan Tiang Seri ini akan dinamakan Tiang Seri Habib Hasan bin Muhsin, Habib merestui.

Mengharapkan agar pembinaan Madrasah dimudahkan dan nantinya akan menjadi tempat untuk perkembangan ilmu.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Majlis Perasmian Tapak Madrasah Darul Sa'adah

Majlis perasmian Madrasah Darul Saadah akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh : 11 Zulqaedah 1435 H / 6 September 2014

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Perkarangan Madrasah Darul S'adah

Perasmian Oleh :

Alhabib hasan bin Muhsin bin Soleh bin Syeikh Abu Bakar bin Salem
Anggota Majlis Iftaa' Tareem, Yaman.


ATURCARA MAJLIS:

9.00 PAGI : KETIBAAN JEMPUTAN
10.00 : KETIBAAN ROMBONGAN ALHABIB.
            SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN DI TAPAK
            BACAAN MAULID & QASIDAH
            UCAPAN ALUAN WAKIL MADRASAH
            TAUSIYAH ALHABIB
            JAMUAN MAKAN
            SOLAT ZOHOR DAN BERSURAI

'MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR'
HUBUNGI : 0114965308 (USTAZ AZMI)

Rabu, 27 Ogos 2014

HURAIAN LOGO MADRASAH DARUL SA'ADAH

Lampiran A : Huraian Logo Madrasah
 



1. Tulisan Khat Dasar : Darul Sa’adah
-Dar : yang bermaksud tempat/perkampungan
-Sa’adah : bermaksud Bahagia
-Falsafah : Mengharapkan kebahagian dunia dan akhirat
-Warna garisan merah menandakan iltizam dan semangat jitu.

2. Lingkungan separa bulatan;
-Melambangkan kesepaduan ummah untuk mencapai ridha Allah
-warna hijau sebagai lambang keislaman dan ketenteraman, yakni kesepaduan ummah yang didasarkan kepada pegangan aqidah Islam berdasarkan Ahlussunnah Wal Jamaah.

3. Tulisan Iman Islam dan Ihsan;
-merupakan 3 serangkai  agama yang terpenting yang menjadi aspek utama dalam pendidikan dan tarbiyah.

4. Lambang Cinta Bercahaya;
- melambangkan aspek mahabbah Allah dan Rasulullah yang sentiasa segar.
- melambangkan hubungan kasih saying sesama saudara Islam yang menjadi pegangan da matlamat madrasah yang didasarkan dengan ilmu (al ‘ilmu nuur)

5. Khat Doa yang bermaksud :
-“Katakanlah..Ya Tuhanku Tambahkanlah daku Ilmu” menandakan pentingnya ilmu itu ditingkatkan dari masa ke semasa.

6. Tulisan Rumi Madrasah Darul Saadah berwarna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian hati. Menerima sesiapa sahaja.

Manakala kombinasi warna hijau dan latar tulisan berwarna biru adalah cita2 dan harapan agar umat Islam di Malaysia mampu bersama walau apa juga latar belakang. Terutama dalam menyatukan umat Melayu Islam.


Wallahul Muwaffiq.

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN MADRASAH DARUL SA'ADAH KG. BELUKAR NETING, TUMPAT, KELANTAN

CADANGAN PENUBUHAN MADRASAH DARUL SA’ADAH
KAMPUNG BELUKAR NETING, 16200 TUMPAT KELANTAN.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي بعبده المختار من دعانا إليه بالإذن وقد نادانا  لبيك يا من دلنا وحدانا. والصلاة والسلام على سيدنا ومولانا محمد القائل : من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين.

1. Pendahuluan
Sistem pendidikan sekolah pondok di Malaysia merupakan satu sistem  pendidikan tradisional dalam sejarah perkembangan Islam. Institusi ini wujud apabila adanya usaha- usaha para ulama terdahulu mengambil inisiatif mengajar masyarakat Islam di kawasan setempat melalui kitab-kitab turath muktabar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah). Cadangan penubuhan pondok ini yang membawa maksud mewujudkan warisan Islam adalah satu usaha murni bertujuan menghidupkan ruang pendidikan agama kepada masyarakat secara lebih khusus.
Hasrat ini lebih terarah apabila di kawasan ini, khasnya di Negeri Kelantan khususnya di daerah Tumpat dan Pengkalan Kubur Sendiri adalah lubuk ilmuan Islam terbilang suatu ketika dulu, antaranya, Al Marhum Tok Selehor, Tuan Guru Hj. Yusuff Pulau Ubi (Geting), Tuan Guru Hj Yaakob (Berangan) Bapa kepada Menteri Besar Kelantan sekarang, Tuan Guru Hj. Daud (Geting). Semoga usaha mereka diberkahi Allah.  Penubuhan pondok ini pula kesinambungan usaha dan perjuangan mereka demi untuk menyemarakkan lagi institusi pengajian pondok yang sedia ada itu, moga niat yang suci murni ini mendapat limpah rahmat Allah s.w.t hendaknya.

2. Latar Belakang Sistem Sekolah Pondok.
Sistem pendidikan pondok dalam dunia melayu bermula di Pattani dalam abad ke 16. Sistem ini berkembang di Semenanjung Tanah Melayu pada awal abad ke l7. Ianya melibatkan beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang. Sistem pendidikan pondok di Indonesia pula bermula di Acheh yang terkenal dengan nama pasantren yang bermaksud "perkampungan". Sistem ini hanya terdapat di Asia Tenggara dan merupakan suatu yang unik dalam sejarah perkembangan ilmu Islam.

3. Pondok- Pondok di Malaysia
Antara sekolah pondok terkenal di Malaysia:-
i. Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan.
ii. Pondok Banggul Berangan (Lanai) Baling, Kedah.
iii. Pondok Kroh, Grik, Perak.
iv. Pondok Jorak, Muar, Johor.
v. Pondok Chenor, Temerloh, Pahang.
vi. Pondok Labuhan Dagang, Banting, Selangor.
vii. Pondok Sungai Bakap Pulau Pinang.
viii. Pondok Sungai Udang, Melaka.

4. Sistem Pendidikan Pondok
Sistem pendidikan pondok merupakan satu sistem yang mementingkan aspek penghayatan dan amalan dalam diri setiap muslim. Perkataan 'fondok' (اﻟﻔﻨـــــﺪق) dari bahasa Arab bererti 'tempat penginapan'. Orang melayu lebih mudah menyebut 'pondok' hingga ke hari ini. Komponen dalam sesuatu pendidikan pondok terdiri daripada pondok penginapan, penempatan guru-guru, madrasah, musolla, wakaf- wakaf, ruang riadah. Pondok pula terbahagi dua iaitu pondok dalam dan pondok luar. Pondok dalam menempatkan mereka yang berkelamin dan pelajar perempuan (diasingkan). Pondok luar pula menempatkan pelajar lelaki yang masih bujang.


5. Idea Untuk Menubuhkan Madrasah Pengajian Pondok.
Idea untuk menubuhkan madrasah pengajian pondok ini dicetuskan oleh Almarhum Baba Abdul Aziz bin Syafie AlFathoni yang melihat kepada keperluan mewujudkan sebuah pusat tarbiah untuk masyarakat setempat. Juga lahir dari pemerhatian kepada lepasan pelajar pondok yang seakan ‘terputus’ aktiviti keilmuan kerana tiadanya tempat khusus untuk golongan ini meneruskan kesinambungan ilmu, menyampaikan ilmu kepada masyarakat setempat secara lebih mendalam.

Walaupun situasi zaman serba maju dan canggih, ini memperlihatkan bahawa pendidikan cara ini agak ketinggalan zaman, namun bagi kami ianya masih tetap relevan kerana melalui sistem pendidikan begini dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada agama dari segi aspek sistem silibus atau  yang sinonim dengan tuntutan agama, bermula dengan soal aqidah, hukum-hukum feqah hinggalah kepada perkara-perkara melibatkan soal batiniah (Tasawwuf) yang sukar dipelajari melalui sistem pendidikan yang ada sekarang.

Justeru, dengan sebab itu kami terpanggil untuk menubuhkan madrasah pangajian Islam ini untuk meninggikan lagi syiar Islam dan dapat mewujudkan perkampungan yang mengamalkan cara hidup Islam. Dan tiada pengharapan kami selain kepada Allah, Dialah sebaik-baik penolong.

6. Objektif
Cadangan penubuhan pondok ini mempunyai objektif seperti berikut:-
i.                     Menyediakan pendidikan menurut Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
ii.                   Menghidupkan ilmu-ilmu turath Islam.
iii.                  Pengambilan ilmu yang dipelajari secara bersanad.
iv.                 Memberi peluang kepada lapisan masyarakat sama ada warga emas mahupun remaja menuntut ilmu dan tarbiah.
v.                   Menjadi tempat tarbiyah.
vi.                 Mencari keredhaan Allah.

7. Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan yang akan dilaksanakan dipondok ini dibahagikan kepada
dua bahagian:-
i. Nizami (sistem kelas menurut tahap umur)
ii. Umumi (kelas umum)

Sistem Nizami adalah untuk pelajar remaja dari umur 13 tahun dan ke atas. Sistem Umumi pula adalah untuk warga emas berkelamin. Pada tahun pertama, pelajar-pelajar akan memulai pengajian tulisan Jawi dan pengenalan Bahasa Arab (nahu, soraf, dan lain-lain). Juga kitab-kitab Jawi dan Arab pertengahan. Pada tahun ke lima, keenam dan seterusnya adalah pengajian kitab-kitab Arab yang lebih besar. Insya Allah.

8. Tenaga Pengajar
Buat masa ini madrasah sudah mempunyai calon Mudir Madrasah yang kini sedang menuntut di bumi Makkah Al Mukarramah, selain akan mendapatkan tenaga-tenaga pengajar berpengalaman yang telah pun dikenalpasti untuk berkhidmat di Madrasah ini yang juga masih mendalami ilmu pada peringkat yang lebih tinggi di pondok-pondok di sekitar daerah ini.


9. Sumber Kewangan Pembinaan Pondok
Jawatankuasa penaja penubuhan pondok ini telah merancang di mana untuk mendirikan pondok ini memerlukan peruntukan lebih kurang RM2 juta. Namun begitu pihak penaja telah bersetuju untuk memulakan pembinaan sebanyak mana yang dapat dikumpulkan terlebih dahulu. Projek pembinaan akan dilaksanakan setelah urusan pecah lot tanah dan Pelan Bangunan diluluskan. Ianya dijangka bermula pada awal tahun 2015. Sehubung dengan itu segala sumbangan daripada dermawan budiman amat dialu-alukan ,dan kami ucapkan jaza khimullahu khairan kasira.

Sumbangan bolehlah di buat melalui akaun seperti di:

Nama Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. Akaun   : 03-14801000125-9
Atas Nama  : MADRASAH DARUL SA’ADAH

Atau boleh terus berhubung dengan jawatankuasa pembinaan di no telefon berikut:

1. Pengerusi : Ayub bin Mat Ail : 016 8493262
2. Setiausaha : Azmi bin Daud : 018 9087339
3. Bendahari : Mohad Apandi bin Daud : 019-96628453.

9. Yuran Pengajian
Penetapan Yuran adalah pada kadar minima kerana penubuhan ini bukannya berasaskan perniagaan. Yuran pengajian iaitu setiap pelajar katagori 1, dikenakan RM20 sebulan. Manakala katagori 2, dikenakan RM40 untuk yang berkeluarga. Tujuan yuran ini dikenakan adalah sebagai caj bekalan air dan bekalan elektrik serta kerja-kerja 'maintanance' di pondok pengajian, seperti pembersihan kawasan, baik pulih bangunan serta kerja-kerja pentadbiran. Sebahagian peruntukkan yang dikenakan kepada pelajar akan digunakan sebagai saguhati tenaga pengajar.

10.1. Penasihat :Tuan Guru Baba Hj Muhamad Pondok Berangan
2. Pengerusi : En. Ayub bin Mat Ail
3. Bendahari : Mohd Apandi bin Daud
4. Setiausaha: Azmi bin Daud
5. AJK
1.  Haris bin Abdullah
2. Zulkeeflee bin Yusuf
3. Nik Roslan bin Nik Mustafa
4. Mohammad Saad bin Abdullah
5. Ab. Fatah bin Hussin
6. Mohd Zulkifli bin Mat Nawi
7. Mohd Hanafi bin Shamsuddin
8. Hj. Omar bin Ismail
9. Mokhtar bin Yusoff
10. Ainun Jariah bt Ayub
11. Siti Asma bt Abdul Hamid

11. Pemegang Amanah Penaja Penubuhan Pondok Darul Sa’adah.
         1. En. Ayub bin Mat Ail
         2. Mohd Apandi bin Daud
         3. Hj. Omar bin Ismail

12. Peraturan-peraturan Umum Madrasah.
I.   Menerima sesiapa sahaja yang ingin belajar samada ingin menetap atau tidak.
ii.  Membenarkan pembinaan pondok selepas dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.
iii. Mengutamakan mereka yang tiada tempat tinggal untuk membina pondok bagi yang berkeluarga.
iv. Mengutamakan mereka yang ada komitmen untuk menghidupkan madrasah.

Adalah menjadi harapan agar ahli jawatankuasa yang dibentul sebagai tenaga penggerak kepada pembinaan dan penyeliaan Madrasah Darul Sa’adah ini dapat berkerjasama semaksimum yang mungkin demi merealisasikan hasrat yang murni ini berbekalkan pertolongan dari Allah s.w.t Yang Maha Agung.

والله المستعان..وإليه يرجع الأمر كله.



URUSETIA  PENCARIAN DANA MADRASAH DARUL SA’ADAH
LOT 888 Kg. Belukar Neting 16200 Tumpat
Kelantan


1. Pendahuluan

Bagi merealisasikan hasrat murni ini, terbinanya sebuah pusat pengajian ilmu turath yang sifatnya non-partisme serta perkampungan yang didasarkan atas ikatan mahabbah dan taqwallah, maka perlunya Jawatankuasa Pencarian Dana Madrasah ditubuhkan. Ianya bagi melicinkan proses mendapatkan dan menguruskan dana dari sumbangan pelbagai pihak.

2. Misi Pembangunan Madrasah

Pihak kami telah meletakkan matlamat penubuhan Madrasah Darussaadah ini adalah seperti berikut;

i. Proses Pecah lot tanah yang telah diwakafkan oleh En. Ayub bin Mat Ail seluas 1.5 ekar yang akan dipecahkan kepada 4 lot besar.

ii. Membina Pusat Pengajian Islam (pondok) dilengkapi dengan Masjid, asrama dan Iain - Iain sebagaimana dinyatakan dalam "sasaran projek".

iii. Memberi pendidikan kepada para pelajarnya, membena hakikat insaniah sebagai individu Islam secara PERCUMA.

Untuk realisasikan impian yang murni ini, Seketeriat Pencarian Dana ditubuhkan, dengan tujuan untuk mencapai sasaran dan wawasan projek yang akan di nyatakan di bawah.

3. Sasaran Projek :

                i.              Memecah lot dan menukar syarat tanah.
                ii.             Proses Tambun tanah dan membina sistem perparitan dan saliran.
                iii.            Membina sebuah Masjid.
                iii.            Membina 3 unit rumah tenaga pengajar.
                iv.           Membina 10 pondok Dewasa/Kelamin.
                v.            Membina sebuah asrama pelajar lelaki.
                vii.          Membina sebuah asrama muslimah.
                viii.        Membina prasarana.
               
                Fasa-Fasa Projek: (Jangka masa projek dalam masa 5 Tahun (2015-2020)

                4.1 Fasa 1 : Membina sebuah Masjid.
                4.2 Fasa 2 : Membina 3 Unit Rumah Tenaga Pengajar
                4.3 Fasa 3 : Membina Asrama dan Pondok Kelamin.
                4.4 Fasa 4 : Membina prasarana tambahan & pagar.

4. . Anggaran Kasar Kos Pembinaan.
Anggaran kasar kos yang diperlukan untuk tujuan tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM2,000,000.00 (2 juta)

Bil
Perkara
Kos RM
Catatan
1
Tambun Tanah
150,000.00

2
1 Buah Masjid
500,000.00

3
3 Unit Rumah Tenaga Pengajar
200,000.00

4
16 Unit Pondok Warga Emas
150,000.00

5
24 Unit Asrama Pelajar Lelaki
200,000.00

6
1 unit bangunan 2 tingkat 20X100kps untuk asrama perempuan
400,000.00

7
Utiliti & Insfrastruktur (jalan, tangki dll)
180,000.00

8
Sistem Elektrik
60,000.00

9
Sistem Kumbahan
80,000.00

10
Pagar Keliling
50,000.00

11
Kawasan Riadhah
30,000.00


Jumlah Anggaran Keseluruhan:
RM2,000,000.00


5. Pengumpulan Dana
Setiap ahli di dalam kumpulan ini adalah bertanggungjawab untuk bergerak bersama-sama bagi mendapatkan dana yang secukupnya untuk mencapai matlamat dan impian yang dinyatakan. Berikut adalah langkah-langkah yang dicadangkan dalam melaksanakan visi tersebut; Sumbangan individu daripada ahli-ahli korporat muslim yang telah berjaya. Ikhlas mengharapkan balasan Allah S.W.T. di akhirat kelak.

i. Daripada syarikat-syarikat kecil dan besar yang beragama Islam atau bukan Islam dan dapat pelepasan cukai. (Ini hanya boleh dilakukan sekiranya pihak Madrasah Syatariyyah ini telah berjaya mendapat kelulusan pelepasan cukai dari pihak kerajaan)

ii. Apabila kutipan derma dilakukan secara terbuka beberapa langkah persediaan perlu dilakukan, untuk menghindari sebarang kemungkinan di luar jangkaan;

i.            Anda perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan daripada orang awam. Ada kemungkinan juga daripada individu tertentu yang sengaja hendak menguji ketahanan mental anda.
ii.        Sijil kelulusan daripada pihak-pihak tertentu mestilah sentiasa dibawa bersama, untuk menjawab sebarang kemungkinan dari pihak-pihak tertentu khususnya dari pihak berkuasa.
iii.                  Resit rasmi atas nama Madrasah Darul Saadah ini perlu disediakan dan diberikan kepada individu tertentu sekiranya mereka memerlukannya.
iv.                 Buku Rayuan Derma perlu disahkan oleh pihak Madrasah Darul Saadah dengan tertera cop rasmi secara jelas.
v.                   Ada kemungkinan terdapat individu tertentu yang hendak menyumbang melalui akaun bank. Oleh itu risalah-risalah kecil yang dilengkapi dengan no. Akaun Bank Darul Sa’adah perlu disediakan.
vi.                 Pihak Madrasah juga menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk barangan atau bahan binaan.

6.Harapan Urusetia
Adalah menjadi harapan agar niat suci kami untuk mendirikan Madrasah Darul Saadah Kg. Belukar Neting Tumpat ini mendapat sokongan dari semua pihak. Dengan adanya strategi, konsep dan perancangan pembangunan pondok sepertimana yang telah dirangka maka kami amat percaya permohonan kami untuk mendapatkan sumbangan dari semua pihak akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Ketahuilah bahawa segalanya adalah milik tuhan yang menciptakan alam semesta dengan kebenaranNya dan kesempurnaanNya, semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini dapat memberi manfaat dan kefahaman kepada pembaca, saya mengharapkan jika terdapat kekurangan terhadap penyusunan kertas kerja ini, saya sebagai Setiausaha Pondok Madrasah Darul Saadah ini memohon kemaafan.

Jika ada antara penderma-penderma atau sesiapa sahaja pun yang ingin mendalami ilmu agama, amat kami alu-alukan untuk menuntut ilmu di madrasah ini.Bukanlah wang ringgit menjadi sasaran kami atau kemasyhuran yang di cari, tetapi yang diharapkan hanyalah keredhaanNya semata-mata.

Kepada dermawan-dermawan yang telah memberi sumbangan, kami mengucapkan berbanyak terima kasih mudah-mudahan dikurniakan dengan rezeki yang berkat dan di kurniakan keredhaanNya di dunia dan di akhirat.

Firman Allah:

“Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkainya terbit 100 bijian, Allah menggandakan lagi (ganjarannya) bagi siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (anugerahnya) lagi Maha Mengetahui”

Akhir kata, jika ada pendapat-pendapat , idea-idea yang ingin diutarakan sudi-sudilah hubungi pihak urusetia kami hatta sebarang teguran sekalipun. Mudah-mudahan dapat kami muhasabah dan memperbaiki mana yang kurang.
Sekian, terima kasih.


7. Penutup


Sebagai penutup kepada kertas kerja ini kami amat berharap kepada muslimin dan muslimat agar sudi menghulurkan sumbangan seikhlas hati agar usaha murni kami ini dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin. Dengan terbinanya madrasah ini akan dapat menegakkan syiar Islam yang semakin hari semakin kurang mendapat perhatian masyarakat.

“SYARIAT ALLAH DAN RASUL DIPATUHI, WARISAN ILMUNYA DISANTUNI, PARA ALUL BAIT DITELADANI”