MDS

MDS

Rabu, 27 Ogos 2014

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN MADRASAH DARUL SA'ADAH KG. BELUKAR NETING, TUMPAT, KELANTAN

CADANGAN PENUBUHAN MADRASAH DARUL SA’ADAH
KAMPUNG BELUKAR NETING, 16200 TUMPAT KELANTAN.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي بعبده المختار من دعانا إليه بالإذن وقد نادانا  لبيك يا من دلنا وحدانا. والصلاة والسلام على سيدنا ومولانا محمد القائل : من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين.

1. Pendahuluan
Sistem pendidikan sekolah pondok di Malaysia merupakan satu sistem  pendidikan tradisional dalam sejarah perkembangan Islam. Institusi ini wujud apabila adanya usaha- usaha para ulama terdahulu mengambil inisiatif mengajar masyarakat Islam di kawasan setempat melalui kitab-kitab turath muktabar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah). Cadangan penubuhan pondok ini yang membawa maksud mewujudkan warisan Islam adalah satu usaha murni bertujuan menghidupkan ruang pendidikan agama kepada masyarakat secara lebih khusus.
Hasrat ini lebih terarah apabila di kawasan ini, khasnya di Negeri Kelantan khususnya di daerah Tumpat dan Pengkalan Kubur Sendiri adalah lubuk ilmuan Islam terbilang suatu ketika dulu, antaranya, Al Marhum Tok Selehor, Tuan Guru Hj. Yusuff Pulau Ubi (Geting), Tuan Guru Hj Yaakob (Berangan) Bapa kepada Menteri Besar Kelantan sekarang, Tuan Guru Hj. Daud (Geting). Semoga usaha mereka diberkahi Allah.  Penubuhan pondok ini pula kesinambungan usaha dan perjuangan mereka demi untuk menyemarakkan lagi institusi pengajian pondok yang sedia ada itu, moga niat yang suci murni ini mendapat limpah rahmat Allah s.w.t hendaknya.

2. Latar Belakang Sistem Sekolah Pondok.
Sistem pendidikan pondok dalam dunia melayu bermula di Pattani dalam abad ke 16. Sistem ini berkembang di Semenanjung Tanah Melayu pada awal abad ke l7. Ianya melibatkan beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang. Sistem pendidikan pondok di Indonesia pula bermula di Acheh yang terkenal dengan nama pasantren yang bermaksud "perkampungan". Sistem ini hanya terdapat di Asia Tenggara dan merupakan suatu yang unik dalam sejarah perkembangan ilmu Islam.

3. Pondok- Pondok di Malaysia
Antara sekolah pondok terkenal di Malaysia:-
i. Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan.
ii. Pondok Banggul Berangan (Lanai) Baling, Kedah.
iii. Pondok Kroh, Grik, Perak.
iv. Pondok Jorak, Muar, Johor.
v. Pondok Chenor, Temerloh, Pahang.
vi. Pondok Labuhan Dagang, Banting, Selangor.
vii. Pondok Sungai Bakap Pulau Pinang.
viii. Pondok Sungai Udang, Melaka.

4. Sistem Pendidikan Pondok
Sistem pendidikan pondok merupakan satu sistem yang mementingkan aspek penghayatan dan amalan dalam diri setiap muslim. Perkataan 'fondok' (اﻟﻔﻨـــــﺪق) dari bahasa Arab bererti 'tempat penginapan'. Orang melayu lebih mudah menyebut 'pondok' hingga ke hari ini. Komponen dalam sesuatu pendidikan pondok terdiri daripada pondok penginapan, penempatan guru-guru, madrasah, musolla, wakaf- wakaf, ruang riadah. Pondok pula terbahagi dua iaitu pondok dalam dan pondok luar. Pondok dalam menempatkan mereka yang berkelamin dan pelajar perempuan (diasingkan). Pondok luar pula menempatkan pelajar lelaki yang masih bujang.


5. Idea Untuk Menubuhkan Madrasah Pengajian Pondok.
Idea untuk menubuhkan madrasah pengajian pondok ini dicetuskan oleh Almarhum Baba Abdul Aziz bin Syafie AlFathoni yang melihat kepada keperluan mewujudkan sebuah pusat tarbiah untuk masyarakat setempat. Juga lahir dari pemerhatian kepada lepasan pelajar pondok yang seakan ‘terputus’ aktiviti keilmuan kerana tiadanya tempat khusus untuk golongan ini meneruskan kesinambungan ilmu, menyampaikan ilmu kepada masyarakat setempat secara lebih mendalam.

Walaupun situasi zaman serba maju dan canggih, ini memperlihatkan bahawa pendidikan cara ini agak ketinggalan zaman, namun bagi kami ianya masih tetap relevan kerana melalui sistem pendidikan begini dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada agama dari segi aspek sistem silibus atau  yang sinonim dengan tuntutan agama, bermula dengan soal aqidah, hukum-hukum feqah hinggalah kepada perkara-perkara melibatkan soal batiniah (Tasawwuf) yang sukar dipelajari melalui sistem pendidikan yang ada sekarang.

Justeru, dengan sebab itu kami terpanggil untuk menubuhkan madrasah pangajian Islam ini untuk meninggikan lagi syiar Islam dan dapat mewujudkan perkampungan yang mengamalkan cara hidup Islam. Dan tiada pengharapan kami selain kepada Allah, Dialah sebaik-baik penolong.

6. Objektif
Cadangan penubuhan pondok ini mempunyai objektif seperti berikut:-
i.                     Menyediakan pendidikan menurut Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
ii.                   Menghidupkan ilmu-ilmu turath Islam.
iii.                  Pengambilan ilmu yang dipelajari secara bersanad.
iv.                 Memberi peluang kepada lapisan masyarakat sama ada warga emas mahupun remaja menuntut ilmu dan tarbiah.
v.                   Menjadi tempat tarbiyah.
vi.                 Mencari keredhaan Allah.

7. Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan yang akan dilaksanakan dipondok ini dibahagikan kepada
dua bahagian:-
i. Nizami (sistem kelas menurut tahap umur)
ii. Umumi (kelas umum)

Sistem Nizami adalah untuk pelajar remaja dari umur 13 tahun dan ke atas. Sistem Umumi pula adalah untuk warga emas berkelamin. Pada tahun pertama, pelajar-pelajar akan memulai pengajian tulisan Jawi dan pengenalan Bahasa Arab (nahu, soraf, dan lain-lain). Juga kitab-kitab Jawi dan Arab pertengahan. Pada tahun ke lima, keenam dan seterusnya adalah pengajian kitab-kitab Arab yang lebih besar. Insya Allah.

8. Tenaga Pengajar
Buat masa ini madrasah sudah mempunyai calon Mudir Madrasah yang kini sedang menuntut di bumi Makkah Al Mukarramah, selain akan mendapatkan tenaga-tenaga pengajar berpengalaman yang telah pun dikenalpasti untuk berkhidmat di Madrasah ini yang juga masih mendalami ilmu pada peringkat yang lebih tinggi di pondok-pondok di sekitar daerah ini.


9. Sumber Kewangan Pembinaan Pondok
Jawatankuasa penaja penubuhan pondok ini telah merancang di mana untuk mendirikan pondok ini memerlukan peruntukan lebih kurang RM2 juta. Namun begitu pihak penaja telah bersetuju untuk memulakan pembinaan sebanyak mana yang dapat dikumpulkan terlebih dahulu. Projek pembinaan akan dilaksanakan setelah urusan pecah lot tanah dan Pelan Bangunan diluluskan. Ianya dijangka bermula pada awal tahun 2015. Sehubung dengan itu segala sumbangan daripada dermawan budiman amat dialu-alukan ,dan kami ucapkan jaza khimullahu khairan kasira.

Sumbangan bolehlah di buat melalui akaun seperti di:

Nama Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. Akaun   : 03-14801000125-9
Atas Nama  : MADRASAH DARUL SA’ADAH

Atau boleh terus berhubung dengan jawatankuasa pembinaan di no telefon berikut:

1. Pengerusi : Ayub bin Mat Ail : 016 8493262
2. Setiausaha : Azmi bin Daud : 018 9087339
3. Bendahari : Mohad Apandi bin Daud : 019-96628453.

9. Yuran Pengajian
Penetapan Yuran adalah pada kadar minima kerana penubuhan ini bukannya berasaskan perniagaan. Yuran pengajian iaitu setiap pelajar katagori 1, dikenakan RM20 sebulan. Manakala katagori 2, dikenakan RM40 untuk yang berkeluarga. Tujuan yuran ini dikenakan adalah sebagai caj bekalan air dan bekalan elektrik serta kerja-kerja 'maintanance' di pondok pengajian, seperti pembersihan kawasan, baik pulih bangunan serta kerja-kerja pentadbiran. Sebahagian peruntukkan yang dikenakan kepada pelajar akan digunakan sebagai saguhati tenaga pengajar.

10.1. Penasihat :Tuan Guru Baba Hj Muhamad Pondok Berangan
2. Pengerusi : En. Ayub bin Mat Ail
3. Bendahari : Mohd Apandi bin Daud
4. Setiausaha: Azmi bin Daud
5. AJK
1.  Haris bin Abdullah
2. Zulkeeflee bin Yusuf
3. Nik Roslan bin Nik Mustafa
4. Mohammad Saad bin Abdullah
5. Ab. Fatah bin Hussin
6. Mohd Zulkifli bin Mat Nawi
7. Mohd Hanafi bin Shamsuddin
8. Hj. Omar bin Ismail
9. Mokhtar bin Yusoff
10. Ainun Jariah bt Ayub
11. Siti Asma bt Abdul Hamid

11. Pemegang Amanah Penaja Penubuhan Pondok Darul Sa’adah.
         1. En. Ayub bin Mat Ail
         2. Mohd Apandi bin Daud
         3. Hj. Omar bin Ismail

12. Peraturan-peraturan Umum Madrasah.
I.   Menerima sesiapa sahaja yang ingin belajar samada ingin menetap atau tidak.
ii.  Membenarkan pembinaan pondok selepas dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.
iii. Mengutamakan mereka yang tiada tempat tinggal untuk membina pondok bagi yang berkeluarga.
iv. Mengutamakan mereka yang ada komitmen untuk menghidupkan madrasah.

Adalah menjadi harapan agar ahli jawatankuasa yang dibentul sebagai tenaga penggerak kepada pembinaan dan penyeliaan Madrasah Darul Sa’adah ini dapat berkerjasama semaksimum yang mungkin demi merealisasikan hasrat yang murni ini berbekalkan pertolongan dari Allah s.w.t Yang Maha Agung.

والله المستعان..وإليه يرجع الأمر كله.



URUSETIA  PENCARIAN DANA MADRASAH DARUL SA’ADAH
LOT 888 Kg. Belukar Neting 16200 Tumpat
Kelantan


1. Pendahuluan

Bagi merealisasikan hasrat murni ini, terbinanya sebuah pusat pengajian ilmu turath yang sifatnya non-partisme serta perkampungan yang didasarkan atas ikatan mahabbah dan taqwallah, maka perlunya Jawatankuasa Pencarian Dana Madrasah ditubuhkan. Ianya bagi melicinkan proses mendapatkan dan menguruskan dana dari sumbangan pelbagai pihak.

2. Misi Pembangunan Madrasah

Pihak kami telah meletakkan matlamat penubuhan Madrasah Darussaadah ini adalah seperti berikut;

i. Proses Pecah lot tanah yang telah diwakafkan oleh En. Ayub bin Mat Ail seluas 1.5 ekar yang akan dipecahkan kepada 4 lot besar.

ii. Membina Pusat Pengajian Islam (pondok) dilengkapi dengan Masjid, asrama dan Iain - Iain sebagaimana dinyatakan dalam "sasaran projek".

iii. Memberi pendidikan kepada para pelajarnya, membena hakikat insaniah sebagai individu Islam secara PERCUMA.

Untuk realisasikan impian yang murni ini, Seketeriat Pencarian Dana ditubuhkan, dengan tujuan untuk mencapai sasaran dan wawasan projek yang akan di nyatakan di bawah.

3. Sasaran Projek :

                i.              Memecah lot dan menukar syarat tanah.
                ii.             Proses Tambun tanah dan membina sistem perparitan dan saliran.
                iii.            Membina sebuah Masjid.
                iii.            Membina 3 unit rumah tenaga pengajar.
                iv.           Membina 10 pondok Dewasa/Kelamin.
                v.            Membina sebuah asrama pelajar lelaki.
                vii.          Membina sebuah asrama muslimah.
                viii.        Membina prasarana.
               
                Fasa-Fasa Projek: (Jangka masa projek dalam masa 5 Tahun (2015-2020)

                4.1 Fasa 1 : Membina sebuah Masjid.
                4.2 Fasa 2 : Membina 3 Unit Rumah Tenaga Pengajar
                4.3 Fasa 3 : Membina Asrama dan Pondok Kelamin.
                4.4 Fasa 4 : Membina prasarana tambahan & pagar.

4. . Anggaran Kasar Kos Pembinaan.
Anggaran kasar kos yang diperlukan untuk tujuan tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM2,000,000.00 (2 juta)

Bil
Perkara
Kos RM
Catatan
1
Tambun Tanah
150,000.00

2
1 Buah Masjid
500,000.00

3
3 Unit Rumah Tenaga Pengajar
200,000.00

4
16 Unit Pondok Warga Emas
150,000.00

5
24 Unit Asrama Pelajar Lelaki
200,000.00

6
1 unit bangunan 2 tingkat 20X100kps untuk asrama perempuan
400,000.00

7
Utiliti & Insfrastruktur (jalan, tangki dll)
180,000.00

8
Sistem Elektrik
60,000.00

9
Sistem Kumbahan
80,000.00

10
Pagar Keliling
50,000.00

11
Kawasan Riadhah
30,000.00


Jumlah Anggaran Keseluruhan:
RM2,000,000.00


5. Pengumpulan Dana
Setiap ahli di dalam kumpulan ini adalah bertanggungjawab untuk bergerak bersama-sama bagi mendapatkan dana yang secukupnya untuk mencapai matlamat dan impian yang dinyatakan. Berikut adalah langkah-langkah yang dicadangkan dalam melaksanakan visi tersebut; Sumbangan individu daripada ahli-ahli korporat muslim yang telah berjaya. Ikhlas mengharapkan balasan Allah S.W.T. di akhirat kelak.

i. Daripada syarikat-syarikat kecil dan besar yang beragama Islam atau bukan Islam dan dapat pelepasan cukai. (Ini hanya boleh dilakukan sekiranya pihak Madrasah Syatariyyah ini telah berjaya mendapat kelulusan pelepasan cukai dari pihak kerajaan)

ii. Apabila kutipan derma dilakukan secara terbuka beberapa langkah persediaan perlu dilakukan, untuk menghindari sebarang kemungkinan di luar jangkaan;

i.            Anda perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan daripada orang awam. Ada kemungkinan juga daripada individu tertentu yang sengaja hendak menguji ketahanan mental anda.
ii.        Sijil kelulusan daripada pihak-pihak tertentu mestilah sentiasa dibawa bersama, untuk menjawab sebarang kemungkinan dari pihak-pihak tertentu khususnya dari pihak berkuasa.
iii.                  Resit rasmi atas nama Madrasah Darul Saadah ini perlu disediakan dan diberikan kepada individu tertentu sekiranya mereka memerlukannya.
iv.                 Buku Rayuan Derma perlu disahkan oleh pihak Madrasah Darul Saadah dengan tertera cop rasmi secara jelas.
v.                   Ada kemungkinan terdapat individu tertentu yang hendak menyumbang melalui akaun bank. Oleh itu risalah-risalah kecil yang dilengkapi dengan no. Akaun Bank Darul Sa’adah perlu disediakan.
vi.                 Pihak Madrasah juga menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk barangan atau bahan binaan.

6.Harapan Urusetia
Adalah menjadi harapan agar niat suci kami untuk mendirikan Madrasah Darul Saadah Kg. Belukar Neting Tumpat ini mendapat sokongan dari semua pihak. Dengan adanya strategi, konsep dan perancangan pembangunan pondok sepertimana yang telah dirangka maka kami amat percaya permohonan kami untuk mendapatkan sumbangan dari semua pihak akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Ketahuilah bahawa segalanya adalah milik tuhan yang menciptakan alam semesta dengan kebenaranNya dan kesempurnaanNya, semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini dapat memberi manfaat dan kefahaman kepada pembaca, saya mengharapkan jika terdapat kekurangan terhadap penyusunan kertas kerja ini, saya sebagai Setiausaha Pondok Madrasah Darul Saadah ini memohon kemaafan.

Jika ada antara penderma-penderma atau sesiapa sahaja pun yang ingin mendalami ilmu agama, amat kami alu-alukan untuk menuntut ilmu di madrasah ini.Bukanlah wang ringgit menjadi sasaran kami atau kemasyhuran yang di cari, tetapi yang diharapkan hanyalah keredhaanNya semata-mata.

Kepada dermawan-dermawan yang telah memberi sumbangan, kami mengucapkan berbanyak terima kasih mudah-mudahan dikurniakan dengan rezeki yang berkat dan di kurniakan keredhaanNya di dunia dan di akhirat.

Firman Allah:

“Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkainya terbit 100 bijian, Allah menggandakan lagi (ganjarannya) bagi siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (anugerahnya) lagi Maha Mengetahui”

Akhir kata, jika ada pendapat-pendapat , idea-idea yang ingin diutarakan sudi-sudilah hubungi pihak urusetia kami hatta sebarang teguran sekalipun. Mudah-mudahan dapat kami muhasabah dan memperbaiki mana yang kurang.
Sekian, terima kasih.


7. Penutup


Sebagai penutup kepada kertas kerja ini kami amat berharap kepada muslimin dan muslimat agar sudi menghulurkan sumbangan seikhlas hati agar usaha murni kami ini dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin. Dengan terbinanya madrasah ini akan dapat menegakkan syiar Islam yang semakin hari semakin kurang mendapat perhatian masyarakat.

“SYARIAT ALLAH DAN RASUL DIPATUHI, WARISAN ILMUNYA DISANTUNI, PARA ALUL BAIT DITELADANI”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan